Rabu, 11 November 2009

Senduduk Puteh


Nama saintifik : Melastoma Malabathricum

Nama Tempatan:

Senduduk

Nama Saintifik:

Melastoma malabathricum

Nama Lain:

Keduduk,senggani,Straits Rhododendron

Famili:

Melastomataceae

Lokasi dijumpai:

Semak dan belukar

Asal:




Keterangan


Pokok renek ini biasa dijumpai dibelukar dan semak. Tinggi purata pokok senduduk ialah 1 m namun ia boleh mencapai ketinggian hingga 3 m.Batangnya berwarna kemerahan dan dilitupi oleh bulu-bulu halus. Sama seperti batang daun dan buahnya juga dilitupi bulu ini.bunganya cantik dan mempunyai 5 kelopak dengan stamen berwarna kuning ditengah-tengahnya. Bunga senduduk yang paling biasa dijumpai berwarna ungu gelap hingga ke merah jambu dan putih. Jenis berwarna putih ialah jenis yang paling jarang dijumpai tumbuh liar. .Bijinya berwarna hitam dan mempunyai sedikit rasa pahit dan manis dan ia boleh dimakan. senduduk mendapat nama botaninya melastoma yang bermaksud mulut hitam dalam bahasa greek.Pucuknya boleh dijadikan ulam dengan dimakan mentah atau direbus. Ia mempunyai rasa yang agak masam kelat. Warna dari buahnya dijadikan pewarna kain disesetengah tempat seperti di Thailand.Daunnya boleh dijadikan makanan untuk ulat sutera seperti daun kertau dan mulberi juga.Buahnya menjadi makanan kegemaran burung.

kegunaan


Perubatan tradisional banyak menggunakan senduduk sebagai tumbuhan

untuk mengembalikan kecergasan badan terutamanya selepas bersalin.

Daun senduduk bersama daun mengkudu, serai wangi, pandan dan limau

purut dicampur bersama air panas dan dijadikan rempah untuk mandi teresat

selepas bersalin, selalunya selama 3 pagi selepas melahirkan. menyembuhkan

luka dalaman selepas bersalin.siapa yang pernah

terkena bisa ulat bulu pasti tahu betapa sakitnya bisa itu. daun senduduk

boleh juga di gunakan untuk merawat bisa ini dengan cara menumbuk

daunnya yang matang dan gugur kebumi dalam keadaan telungkup dan

ditampal pada bahagian yang terkena ulat bulu tadi.Selain daripada itu

senduduk juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, berak berdarah

dan buasir dengan cara meminum air rebusan daunnya. pes daunnya yang

ditumbuk juga boleh menghilangkan parut akibat pelentong/bertih/cacar air






































1 ulasan:

manjungmari berkata...

dimana blh order...tak nampak pun?

Catat Ulasan

 

Recommended Product

  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads
  • ads

Bagaimana hendak mendapatkannya?

Persatuan OKU Kinta Selatan
Batu Karang, Kampar, Perak.
Hubungi
- 0124366563 (Yusof)
- 054658687 (Kamalia)
Insyaallah seribu satu penyakit
dapat diubati

Senarai Blog Saya

Herba Senduduk Puteh Copyright © 2009 Shopping Bag is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal